Politik

Sekurang-kurangnya, pertimbang tawaran untuk bertemu Muhyiddin – Tony Pua

Sekiranya Pakatan Harapan tidak dapat mengumpulkan sokongan majoriti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka tawaran dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertimbangkan, kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.
Dalam satu tulisan di Facebooknya, Tony menjelaskan adalah wajar untuk pemimpin pembangkang mempertimbangkan untuk menghadiri pertemuan yang dicadangkan oleh Muhyiddin.
“Beliau meminta untuk bertemu semua parti pembangkang untuk berbincang, Dan kita sekurang-kurangnya perlu untuk setuju menghadiri pertemuan itu.
“Lagi pun ia adalah untuk kepentingan rakyat, tidak ada yang merugikan,” katanya.
Tony juga menjelaskan sekiranya tawaran dari muhyiddin itu diterima, pembangkang mampu menyekat kumpulan kleptokrat dari kembali berkuasa.
Selain itu, jelas beliau dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin, pembangkang dapat meneruskan beberapa agenda seperti reformasi parlimen yang tidak sempat dilaksanakan.
“RUU tempoh dua penggal untuk Perdana Menteri. PH tidak dapat melakukan ini kerana kita tidak mendapat 2/3 majoriti. Tetapi sekarang, untuk RUU ini, jika PH dan PN boleh bersetuju, kita boleh meminda perlembagaan.
“Anti Lompat Parti. Jangan biarkan saya mulakan akar kepada segala masalah yang membawa Malaysia kepada krisis politik yang kita hadapi sekarang.
“Ya, Bersatu dan PN adalah merupakan tunjang segala aktiviti lompat parti. Tetapi jika tawaran itu ikhlas, dan saya percaya ia ikhlas kerana memerlukan sokongan kita, maka kita perlu merebut peluang untuk meluluskan akta anti lompat parti serta merta,” katanya lagi.
Ketika menyampaikan Perutusan Khas pada Jumaat, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bi-partisan.
Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.
(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button