Berita

Perdana Menteri ucap Selamat Hari Krismas

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia yang akan menyambutnya esok.

“Kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia, warganegara dan bukan warganegara, saya dan isteri, mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu.”

Dr Mahathir berkata demikian dalam video pendek yang dimuat naik di laman Facebook rasminya yang menampilkan beliau menandatangani kad ucapan Hari Krismas di pejabatnya.

— BERNAMA

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button