NasionalNegeriPendidikan

Selamat berjaya kepada pelajar menduduki Peperiksaan Bertulis Sijil SPM 2022 – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan ucapan selamat berjaya kepada para pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai esok (20 Februari) sehingga 15 Mac.

“Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka,” titah Baginda.

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat mengetuai program ‘Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli’ bagi menyantuni tiga buah keluarga asnaf terpilih di rumah masing-masing anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Mereka yang menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah Bakar Abdullah, 88, yang tinggal di Kampung Titi Tok Bandar, Hannah Abdullah, 58, di Kampung Tok Kuning dan Siti Minah Man, 65, di Kampung Hutan Melintang.

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra, pendidikan berkualiti dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang.

“Sektor pendidikan merupakan elemen penting dalam menyediakan modal insan mampan bagi memastikan apa yang dihasratkan dapat direalisasikan,” titah Baginda.

Tambah Raja Muda, “Menjadi tanggungjawab kita semua memastikan sistem pendidikan mampu melahirkan modal insan berkualiti, berkebolehan menguasai dan mengaplikasi ilmu serta memiliki daya kreativiti dan inovasi tinggi,” titah Baginda. – SM

(Visited 365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button