fbpx
Luar Negara

Iran tembak penunjuk perasaan, ketua polis Tehran nafi

PIHAK berkuasa Iran didakwa menembak beberapa orang penunjuk perasaan yang berhimpun di ekoran kerajaannya menembak pesawat Ukraine.

Selain menembak, para pempotes turut disembur dengan gas pemedih mata ketika berhimpun di Dataran Azadi bagi mendesak Pemimpin Tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei berundur.

[BACA ARTIKEL] Pesawat Ukraine terhempas di Iran — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Tragedi pesawat Ukrain: rakyat Iran desak Ayatollah berundur — Suara Merdeka

Memetik laporan portal Huffington Post, beberapa video tular menunjukkan sebilangan penunjuk perasaan cedera akibat ditembak.


Namun, Ketua Polis Tehran, Jeneral Hossein Rahimi bagaimanapun menafikan anggotanya melakukan tembakan di tempat terbuka.

“Pihak polis melayan mereka dengan tenang dan bertoleransi. Polis tidak menembak mereka sejak dasar keterbukaan dan bersabar menjadi amalan polis,” katanya.

Dondal Trump beri amaran

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran kepada kerajaan Iran supaya tidak membunuh peserta penunjuk perasaan.

[BACA ARTIKEL] Iran akui tertembak pesawat Ukraine — Suara Merdeka

Beliau berkata, pihak AS masih membuka pintu kepada Iran untuk membuat rundingan terutama bekaitan krisis antara dua negara itu.

“Kepada semua pemimpin Iran, jangan bunuh penunjuk perasaan kamu. Dunia sedang melihat, lebih peinting lagi AS sedang melihat,” katanya.

Trump berkata demikian menerusi ciapannya dalam Twitter yang turut mendesar Iran supaya membuka semula jaringan internetnya.

“Buka semula jaringan internet, biarkan wartawan bebas mencari berita. Henti bunuh rakyat kerana mereka semua hebat,” ujarnya.

Demonstrasi oleh rakyat Iran tercetus ekoran pengakuan kontroversi oleh Presiden Hassan Rouhani dan Menteri Luarnyam, Javad Zarif mengaku tertembak pesawat Ukraine International Airlines.

Tragedi pesawat PS725 Boeing 737 itu mengorbankan 176 penumpang termasuk warga Iran, Kanada, Sweder, Afghanistan, Jerman dan British. – AGENSI

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button