Luar Negara

Iran anggap AS bertanggungjawab atas sebarang serangan Israel ke atas tapak nuklearnya

Menteri Luar Abbas Araghchi berkata, Iran akan menganggap Amerika Syarikat bertanggungjawab atas sebarang serangan Israel ke atas kemudahan nuklearnya selepas media AS melaporkan Israel sedang bersiap sedia untuk serangan.

“Kami percaya sekiranya berlaku sebarang serangan ke atas kemudahan nuklear Republik Islam Iran oleh rejim Zionis, kerajaan AS juga akan terlibat dan memikul tanggungjawab undang-undang,” kata Araghchi dalam surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterbitkan pada Khamis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button