Nasional

Wanita Nigeria dipukul, dirogol teman lelaki baru dikenali

POLIS sedang memburu tiga orang lelaki dipercayai terlibat dengan kes seorang wanita warga Nigeria yang dirogol pada 4 Jun lalu.

Wanita berusia 30 tahun itu turut dipukul oleh beberapa orang lelaki warga tempatan pada hari yang sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mangsa yang bekerja sebagai penjual rambut palsu telah membuat laporan berkaitan kedua-dua kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati, pada 4 Jun lalu kira-kira pukul 10 pagi, pengadu telah pergi ke rumah teman lelakinya di kawasan Cheras, Kuala Lumpur.

“Pengadu baru sahaja mengenali teman lelakinya itu dan sewaktu berada di rumah tersebut, pengadu telah dipukul serta dicederakan oleh teman lelaki dan rakan-rakannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Covid-19: Tiga kluster baharu dikenalpasti – Suara Merdeka

Susulan laporan polis yang dibuat, menurut Mazlan, pihaknya telah membuat tangkapan melibatkan tiga orang lelaki dan seorang wanita warganegara Thailand yang kesemuanya berusia lingkungan 28 hingga 44 tahun.

Jelas beliau, ketiga-tiga lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana telah mencederakan pengadu dan telah direman selama lima hari bermula 5 Jun lalu.

“Kesemua suspek lelaki telah diberi jamin polis pada 9 Jun lalu setelah permohonan untuk menyambung reman kepada semua suspek ditolak.

“Manakala wanita warganegara Thailand tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang lengkap dan direman selama 14 hari bermula pada 5 Jun lalu,” jelasnya.

Mazlan berkata, pengadu telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan telah ditahan di wad selama tiga hari pada 4 Jun lalu.

Namun, pengadu pada 9 Jun lalu kira-kira pukul 7.50 malam telah membuat laporan polis mengenai kejadian rogol yang berlaku pada hari sama dia dipukul.

Baca> Tiz Zaqyah panik, akaun IG nyaris digodam – Suara Merdeka

“Pada awalnya pengadu tidak mahu memanjangkan kes rogol dan enggan membuat pemeriksaan di hospital tetapi laporan dibuat selepas dinasihatkan pihak kita,” katanya.

Ekoran laporan itu, ujar Mazlan satu tangkapan semula telah dibuat melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada 20 Jun lalu.

Jelas Mazlan, suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula pada 21 Jun lalu dan pihaknya kini sedang giat mengesan tiga lagi suspek lelaki yang masih bebas untuk disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pengadu pula ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan direman selama 14 hari yang berakhir semalam.

Tambahnya, pengadu kini ditempatkan di Penjara Kajang sehingga siasatan kes rogol selesai. -SM

(Visited 340 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button