Politik

Agenda Melayu-Islam jangan disambil lewakan…

DALAM suasana kemelut politik seminggu ini, Suara Merdeka teringat pesanan Bapak Hamka di suatu ketika:

“Manakala lain-lain jurusan sosial menjadi lemah atau ditinggalkan, Islam tetap akan menjadi tali penghubung yang paling kekal dan erat antara sesama kita.”

Tidakkan Melayu hilang di dunia…tetapi Melayu boleh hilang melalui salah guna kuasa.

Kenapa Melayu tidak bersatu dalam perjuangan bangsa, agama dan negara supaya kuasa politik mereka tetap kukuh dan berkuasa?

Setiap yang bernama Melayu atau Bumi harus memikirkan hal ini dan bertindak. Bila kita kuat, orang segan. Bila kita lembut orang sudu. Mesti pakai falsafah kendur berdenting-denting, tegang berjela-jela.

Melayu dan Bumiputera harus jangan segan-silu mempelopori keutamaan perjuangannya sekali pun berlainan agama.

Bagaimana dilaung, begitulah diamalkan. Jika agenda ini disambil lewakan atau berasa segan untuk dijayakan, lantaran takut apa orang lain kata, identiti Melayu akan berpaling kepada tahap takut dan teragak-agak.

Justeru, fakta politik bilangan – (politics of number) mesti dijuarakan: yakni dengan kekuatan 60 peratus Melayu-Bumiputera di negara ini, di samping menghormati hak semua pihak, kita jangan takut memperjuangkan dan mengekalkan apa yang hakiki bagi kita.

Perjuangan hakiki membela mereka perlu terus diterapkan dalam perjuangan.

Masyarakat bukan Melayu amat teguh budaya bangsa mereka hingga memegang hamper 68 peratus kekayaan negara ini. Tetapi mereka bebas mengatakan pelbagai cerca dan penidakan konon mereka disisih didiskriminasi.

Seolah-olah mereka jadi warga nombor dua atau nombor tiga. Sedangkan kita mengetahui, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamatarafan semua warga Malaysia.

Tetapi hak-hak keistimewaan seperti yang terjamin di bawah Perkara 153 jangan dipolitikkan kerana hak-hak asas keistimewaan itu bukan sesuatu yang mencabul Perlembagaan Negara.

Memberi latihan, biasiswa, dermasiswa, galakan ekonomi bagi orang Melayu dan Bumiputera adalah tuntutan Perlembagaan Negara yang disetujui semua pihak pra 1957.

Sama ada mahu diakui atau tidak, hakikatnya ialah bahawa orang Melayu sekarang lebih terbahagi dan berpecah lantaran politik kuasa. Dan ternyata, perpecahan sekarang tercetus atas soal kepimpinan.

Tahap perpecahan sekarang sebenarnya lebih dirasai kerana jenis perpecahan yang dialami pada masa ini adalah jenis yang menyentuh.

Dan mungkin merosakkan proses kuasa itu sendiri.

Meminjam pantun yang dilontarkan orang lama kaya berpengalaman, Tan Sri Dr Rais Yatim, ini peringatannya untuk pemimpin Melayu hari ini:

Kok adiek paii ka subarang,
Bawo sakali limau puruik,
Kok adiek sabana bajuang,
Jan sasakali jadi pak turuik. – SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button