PolitikRencana

Perbandingan kes Najib dengan Thaksin

1. Isu panas minggu ini masih lagi berkenaan dengan Isu Pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Hukuman Najib dipendekkan dari hukuman 12 tahun penjara kepada 6 tahun, iaitu separuh daripada hukuman asal.

Denda juga dikurangkan dari RM210 juta ringgit kepada RM50 juta, iaitu pengurangan 76% peratus.

2. Keputusan YDP Agong dan Lembaga Pengampunan ini perlu dihormati kerana ini adalah hak mutlak mereka dibawah Perlembagaan Negara, dimana YDP Agong dan Lembaga Pengampunan berhak mengampunkan atau mengurangkan tempoh hukuman penjara mana-mana tahanan yang merayu keampunan.

Keputusan ini menerima kritikan yang hebat dari pemimpin-pemimpin parti DAP yang tidak bersetuju dengan pengurangan hukuman tersebut.

3. Kerjasama politik UMNO dengan Pakatan Harapan bergolak hari ini dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi menangguhkan Kongres Ekonomi Bumiputera yang sepatutnya berlangsung hari ini kepada satu tarikh yang lain.

Sebaliknya Zahid Hamid memanggil Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini jam 11 pagi.

4. Cuba kita untuk sejenak lihat kes Pengampunan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Thaksin menjawat jawatan Perdana Menteri Thailand yang ke 23 dari 9 Februari 2001 hingga 19 September 2006, selama 5 tahun.

Thaksin jadi Timbalan Perdana Menteri selama 2 tahun. Menteri Pendidikan selama 4 bulan dan Menteri Luar Negeri selama 4 tahun.

BACA JUGA: Hukuman Najib Razak dipendekkan, denda RM50 juta dari RM210 juta

Manakala, Najib Razak jadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018, selama 9 tahun.

Najib jadi Timbalan Perdana Menteri selama 5 tahun. Menteri Kewangan 10 tahun. Menteri Pertahanan selama 9 tahun. Menteri Pendidikan 4 tahun. Menteri Belia dan Sukan selama 4 tahun.

Sebagai Menteri Besar Pahang ke 12 selama 4 tahun.

5. Thaksin dihukum penjara *selama 8 tahun* diatas tuduhan Rasuah dan Salah Guna Kuasa.

Kerajaan Thaksin telah diguling oleh Military Coup (rampasan kuasa oleh tentera) pada tahun 2006 dan Thaksin telah melarikan diri ke luar negara kerana tidak mahu menjalani hukuman penjara.

Thaksin merasakan kes-kes beliau merupakan kes yang bertujuan politik (politically motivated).

Thaksin pulang ke Thailand pada 22 Ogos 2023 lalu, selepas berada 15 tahun dalam buangan di luar negara dan memohon keampunan kepada King of Thailand.

King Vijiralongkom, Raja Thailand setelah menerima permohonan pengampunan daripada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, telah mengurangkan hukuman Penjara Thaksin daripada 8 tahun kepada hanya 1 tahun. 1/8 daripada hukuman asal Mahkamah.

King of Thailand mengambil keputusan ini berdasarkan kepada jasa-jasa Thaksin sebagai Perdana Menteri selama 5 tahun, TPM dan Menteri Kabinet, selain daripada umur Thaksin sudah 75 tahun dan kini mengalami masalah kesihatan.

Thaksin juga dilihat sebagai seorang pemimpin politik yang amat setia kepada Institusi Raja Thailand.

*PERSOALAN-NYA.*

6. Persoalannya, kenapa pemimpin-pemimpin parti DAP begitu menentang dan mengkritik soal pengurangan hukuman penjara Najib Razak ini ?

Cuba lihat jasa Najib Razak kepada Negara, 9 tahun sebagai Perdana Menteri, 5 tahun sebagai TPM. 27 tahun sebagai Menteri Kabinet dan 4 tahun sebagai Menteri Besar Pahang.

Takkanlah Najib Razak sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6 tidak boleh dikurangkan hukuman penjara beliau berdasarkan kepada jasa-jasa beliau yang begitu banyak kepada Negara.

Kalau saya, Najib Razak seharusnya diberikan Pengampunan Penuh setelah menjalani hukuman penjara selama lebih kurang 1 tahun 4 bulan, iaitu semenjak Ogos 2022.

Kenapa Presiden PKR dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim diberikan Pengampunan Penuh pada Mei 2018, di terima oleh pemimpin-pemimpin politik dari DAP dan tidak dibantah oleh pemimpin tertinggi UMNO pada ketika itu.

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button