Politik
Trending

Integriti Muhyiddin sebagai PM dipersoal

INTEGRITI Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipersoal susulan terdapat dakwaan beliau cuba menyogok Ahli Parlimen.

Ia berikutan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah menerusi sepucuk suratnya.

Surat yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun itu mendedahkan satu dakwaan mengatakan Tengku Razaleigh cuba disogok oleh Muhyiddin.

Sebelum itu, seorang lagi Ahli Parlimen iaitu Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Kedua-dua Ahli Parlimen itu dikatakan pernah ditawar jawatan dalam Petronas dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).


“Cubaan menyogok Tengku Razaleigh dengan jawatan Pengerusi Petronas jelas membuktikan masalah integriti Muhiyiddin.

“Sebelum ini, Mohamed Nazri juga telah menolak sogokan Muhyiddin yang menawarkan beliau jawatan Pengerusi PNB.

“Perlantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dibuat berdasarkan pengakuan ketua-ketua parti yang menyokong beliau secara en-bloc mewakili kesemua MP (Ahli Parlimen) parti berkenaan.”

Demikian kata Presiden Persatuan Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam dalam satu kenyataannya malam ini.

Beliau berkata demikian susulan Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li mendedahkan beliau ditawarkan jawatan Penasihat Petronas.

Dalam surat tersebut, beliau juga menyatakan persoalan kepada Azhar Azizan mengenai usul tidak percaya terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diletakkan sebagai perkara akhir sekali untuk dibahaskan.

Oleh demikian, Lokman Noor menjangkakan dengan pernyataan yang dibuat oleh bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan Ku Li, ini bermakna Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri.

Menurutnya, Ahli Parlimen Pagoh itu hanya memperoleh majoriti mudah iaitu 113 ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri dan membenarkan kerajaan Perikatan Nasional dibentuk.

“Ia adalah manifestasi jelas bahawa Muhiyiddin telah kehilangan 2 undi MP dari BN dan kini tinggal kurang dari 111 MP yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

“Kenyataan Mohamed Nazri dan surat permohonan Usul Persendirian Ku Li untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Muhyiddin adalah manifestasinya.

“Ini belum lagi UMNO mengambil keputusan rasmi meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional dan berhenti menyokong Muhiyiddin.

“Sekiranya Muhiyiddin masih lagi mempunyai sedikit maruah pada dirinya, sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengakui kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang.

“Tidak perlulah mengancam mahu mengugut UMNO.

“Masih ramai anak jantan di dalam UMNO yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman.

“Dan jangan sesekali ingat pemimpin umno semua boleh dibeli seperti mereka yang sudah melompat ke PPBM (Bersatu),” tegasnya. – SM

(Visited 100 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button