JenayahNasionalNegeri

Kena scam RM1.2 juta tawaran kerja tak wujud

KENA scam lagi. Hari ini, dua orang ditipu scammer dan terkini, seorang pekerja swasta rugi RM1.2 juta selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian atau online yang tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa, seorang lelaki berusia 30-an membuat laporan polis mendakwa ditawarkan kerja sambilan secara dalam talian oleh seorang wanita menerusi satu aplikasi pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, mangsa dimaklumkan akan mendapat pulangan dan komisen jika barangan berjaya dijual menerusi satu laman web.

Mangsa kemudiannya membuat 27 transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank antara 15 Mei hingga 13 Julai yang melibatkan jumlah wang keseluruhan, RM1.2 juta.

“Sehingga kini, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM20,000 sahaja,” kata Mohd Azman seperti mana dilaporkan Bernama.

Mangsa menyedari dia ditipu apabila tidak lagi mendapat wang pulangan komisen yang dijanjikan oleh suspek, katanya. – SM

BACA Di sebalik scam Badal Haji !

BACA Penjawat awam ditipu ‘phone scam’ lebih RM600,000

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button