Nasionalpilihan

Integriti elemen penting bagi kakitangan awam – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa ‘Integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu, kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi. Ia merupakan elemen penting bagi kesejahteraan dalam kakitangan awam’.

Integriti boleh ditakrifkan sebagai kejujuran dan ketulusan serta kesempurnaan dan keutuhan. Ia juga membawa maksud kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan berteraskan prinsip teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral.

Berdasarkan takrifan ringkas tersebut, integriti boleh difahami sebagai nadi utama kepada pencapaian hasil kerja berkualiti yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang individu atau organsiasi dengan berlandaskan ciri-ciri kerja bersepadu dan menyeluruh.

Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000
kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid An Nur, Kampung Chantik, Pdg Besar (Utara) baru-baru ini. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang daripada baginda untuk diagihkan melalui amilnya, Syukri Dun.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, “Integriti membentuk kakitangan yang mempunyai tingkah laku yang baik dan bebas daripada tingkah laku negatif seperti mencuri, vandalisme, memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja. Kelemahan integriti pula akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan”.

(Visited 740 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button