PolitikUncategorized

Sanusi anggap gurauan orang kampung lepuk gadis dengan kertas

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi dari warga maya gara-gara mahu mengetuk kepala seorang gadis dengan kertas.

Susulan daripada video dan gambar yang tersebar itu, Sanusi tampil untuk mempertahankan Tindakan yang dilakukan dan memberi keteragan melalui laman Facebook rasmi PAS Kawasan Sik.

Menurut Sanusi, dia bertindak sedemikian kerana pelajar tersebut lewat menghantar surat permohonan sumbangan bagi pendaftaran ke institudi pengajian tinggi.

Sanusi tampil memperjelaskan

“Anak tu nak masuk politeknik esok hari hari(kelmarin dulu). Pada hari tu baru bagi surat mintak sumbagan. Kena lepuk lah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik”.

Lepuk dengan sehelai kertas (surat) saja, bukan dengan kayu. Melawak dengan anak-anak, lag utu lah cara kami kat kampung ni melawak.

“Ukur orang Kedah bergurau pakai pembaris KL memang tak jumpa yang lurus lah,” tulis akaun Facebook berkenaan memetik semula kenyataan Sanusi.

Terdahulu, tular video berdurasi 18 saat memaparkan ADUN Jeneri itu bertindak mengetuk kepada seorang perempuan dengan menggunakan kertas sebelum kedengaran gelak tawa orang sekeliling.

Siap jadikan wallpaper, wajah Sanusi semasa muda buat wanita tak keruan!

Polis akan panggil Sanusi beri keterangan tayang kertas undi

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button