BanjirEkonomi

Institusi Perbankan Islam teruskan bantuan khas kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir

PRIHATIN terhadap kesulitan yang dihadapi pelanggan akibat situasi banjir yang melanda beberapa buah negeri dalam negara, institusi perbankan Islam yang merupakan ahli  Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) terus proaktif menawarkan pelbagai sokongan dan bantuan khas kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat banjir untuk menghadapi tempoh yang mencabar ini.

Antara bantuan khas banjir yang disediakan termasuklah bantuan bayaran balik bersasar dan penggantian kad secara percuma.

Maklumat terkini yang berkaitan boleh didapati di laman sesawang serta di media sosial pihak bank. Para pelanggan yang terjejas boleh menghubungi pihak bank untuk membuat permohonan bantuan yang berkaitan.

Pelanggan yang memerlukan bantuan dinasihat untuk mengutamakan keselamatan diri dan keluarga terlebih dahulu serta menghubungi pihak bank masing-masing untuk berunding dengan pegawai bank yang sahih berhubung isu perbankan mereka yang mungkin terkesan akibat banjir ini. Ini amat penting untuk mengelakkan para pelanggan daripada terpedaya dengan penipuan kewangan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Akses perkhidmatan perbankan asas akan terus disediakan seperti urusan di kaunter dan mesin layan diri. Cawangan bank yang terjejas akibat banjir akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sebagai alternatif, para pelanggan juga dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian untuk urusan perbankan. Pihak pelanggan juga boleh menghubungi pihak sekretariat AIBIM di email [email protected] untuk maklumat lanjut.

Artikel berkaitan > Bank Rakyat anjur Karnival Rumah Impian

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button