Hiburan

Instafamous Indonesia Laura Anna meninggal dunia

LAURA ANNA atau nama sebenarnya Edelenyi Luara, 21, seorang Instafamous dari Indonesia diberitakan meninggal dunia hari ini setelah mengalami sesak nafas.

Memetik laporan Detik.com, seorang ahli keluarga Luara memaklumkan, gadis itu sempat dikejarkan ke hospital dan menghambuskan nafasnya yang terakhir di situ.

Nama instafamous ini sebelum hayatnya berakhir diberitakan di negaranya, sempat tampil sebagai tetamu podcast Deddy Corbuzier.

Didalam podcast tersebut, Luara mendedahkan tentang kehidupannya selepas ditimpa kemalangan negeri pada 8 Disember 2019 yang menyebabkannya lumpuh.

Selain lumpuh, Laura pada ketika itu mengakui dirinya tidak dipedulikan oleh kekasihnya, Gaga Muhammad selepas insiden kemalangan tersebut.

Laura turut mendakwa, Gaga yang menjalani hukuman penjara selama dua tahun ekoran kemalangan di kawasan jagorawi sebagai seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sikap Gaga itu membuatkan Laura bukan sahaja menderita secara fizikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda kelumpuhan yang dialami membaik tetapi turut menderita secara mental.

Ketika kemalangan itu berlaku, Gaga yang memandu kereta turut didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan Laura juga pada masa kejadian, turut dikatakan dibawah pengaruh minuman keras.

Gaga mengakui ketika kemalangan jalan raya, dirinya berada dalam keadaan kurang stabil dan sempat tertidur.

Selepas berlakunya insiden kemalangan tersebut sehingga menyebabkan Laura lumpuh, pada 2019, Gaga ditahan pihak berkuasa dan menjalani perbicaraan di mahkamah. – SM

(Visited 2,657 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button