
InstaCash Mudah, Pantas dan Inklusif untuk Pekerja Swasta – Bank Rakyat
KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025 – Bank Rakyat memperkenalkan produk terbaharunya, Pembiayaan Peribadi-i Swasta (InstaCash), sebagai inisiatif menyediakan pembiayaan peribadi patuh Syariah yang lebih mudah dan inklusif khusus untuk pekerja sektor swasta.
Dilancarkan pada 16 Jun 2025, InstaCash menjanjikan kelulusan pantas dalam tempoh 24 jam, pembiayaan sehingga RM50,000, kadar keuntungan kompetitif, serta proses permohonan yang ringkas hanya menggunakan slip gaji dan penyata KWSP.
Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Khairudin Abdul Rahman, berkata InstaCash adalah bukti komitmen Bank Rakyat dalam memperkasa kesejahteraan kewangan rakyat, khususnya golongan pekerja swasta.
“InstaCash direka dengan pendekatan yang inklusif dan efisien, selaras dengan matlamat Bank untuk memperluaskan akses kewangan berasaskan prinsip Islam kepada semua lapisan masyarakat,” katanya semasa Sesi Bersama Media di Menara Kembar Bank Rakyat.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui platform BRICK di https://brick.bankrakyat.com.my. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 1-300-80-5454 atau melayari www.bankrakyat.com.my.