Teknologi

Inspirasi Iron Man, iCub dicipta untuk bantuan kecemasan

DIINSPIRASIKAN daripada karakter superhero, Iron Man, sekumpulan saintis dari Itali di Tecnologia kini sedang membangunkan ciptaan robot yang dihasilkan bertujuan untuk memberi bantuan ketika berlakunya bencana alam.

Robot humanoid yang digelar sebagai iCub itu menggunakan sistem penerbangan propulsion backpack dan juga sistem di tapak tangannya bagi kawalan kuasa dan juga navigasi arah.

Pasukan saintis itu telah melakukan kajian selama 15 tahun dengan harapan ianya menjadi realiti dalam sektor keselamatan dan pertahanan.

Mereka juga menjangkakan saiz robot itu iaitu ketinggian kira-kira 104 cm yang menyamai kanak-kanak berusia 10 tahun serta kemampuan kelajuan pecutannya mampu memberi bantuan ke lokasi yang sukar untuk dimasuki oleh manusia dan dron.

Robot iCub dikatakan mampu menerima arahan untuk merangkak, duduk serta mengendalikan pelbagai jenis objek dan tangganya dicipta untuk memberi sokongan bagi manipulasi pelbagai jenis pergerakan serta skil.

Selain itu, Robot iCub juga dilengkapi dengan battery pack, dua kamera dan dua mikrofon telah menjadikannya sebagai antara robot terbaik pernah dihasilkan dengan spesifikasi lengkap.

Robot iCub yang menggunakan coding secara Open Source dijangka boleh beroperasi di peringkat global dengan pelbagai sokongan komuniti pembangunan teknologi.

Kini, sebanyak 40 buah robot iCub telah dihasilkan dan terdapat di beberapa makmal kajian di seluruh dunia seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Korea, Singapura, China dan Jepun. -SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button