BanjirNasionalPendidikan

Johor tangguh peperiksaan sekolah agama bagi sekolah terjejas banjir

Peperiksaan penggal kedua Tahap 1 dan 2 sekolah agama kerajaan Johor ditangguhkan bagi sekolah terjejas banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata peperiksaan itu yang bermula 3 Jan lalu dijadualkan berlangsung hingga 18 Jan ini.

“Bagaimanapun berikutan bencana banjir, sekolah yang terlibat sama ada mengalami banjir atau dibuka sebagai PPS, peperiksaan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Johor,” katanya menurut Bernama malam tadi.

Setakat 10 malam tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 3,744 orang berbanding 3,322 orang pada 9 malam.

Sebanyak 45 PPS dibuka di enam daerah terjejas, dengan Kota Tinggi mencatatkan jumlah paling ramai, iaitu 1,871 orang daripada 492 keluarga. – SM

BACA Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya

(Visited 40 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button