Politik

Kedudukan Osman diketahui pada sidang DUN Johor nanti

KEDUDUKAN bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka akan diketahui menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) September ini.

Kedudukan beliau dalam DUN Johor itu dijangka berubah susulan terdapat dakwaan menyatakan beliau akan dibawa ke Lembaga Disiplin partinya

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu, dipercayai hadir ke kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim minggu lalu bagi menyokong calon bebas Ahmad Khusyairi Mohamad Tanusi.

Walau bagaimanapun, beliau menyerahkan kedudukannya itu kepada pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menentukannya.

“Saya serahkan kepada kepimpinan (Bersatu) untuk buat keputusan. Mereka berkuasa.

“Sebelum ini parti melantik saya jadi menteri besar, saya terima dan jalankan tugas.

“Jadi kalau parti nak ambil apa-apa tindakan, saya akan terima.”

Demikian kata Osman seperti dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Johor yang kini diterajui Perikatan Nasional (PN) melalui pimpinan Datuk Hasni Mohamad pasti goyah kerana hanya mempunyai kelebihan satu kerusi.

Justeru, sebarang tindakan terhadap mana-mana ADUN PN akan menjejaskan kedudukan Kerajaan Negeri.

Oleh demikian, sokongan yang akan diberikan Osman nanti menentukan kedudukan Kerajaan Negeri apabila beliau dipecat daripada parti.

“Namun, jika tidak (dipecat), kerusi saya pada sidang DUN Johor minggu hadapan masih lagi di sebelah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Gambir,” jelasnya.

Justeru, risiko bertukar kerajaan pasti berlaku apabila Osman menyatakan sokongannya jika beliau bergelar ADUN Bebas.

Malah sebelum ini krisis Kerajaan Johor pernah tercetus kali kedua selepas Hasni mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Sahruddin.

Hal demikian berlaku kerana terdapat beberapa ADUN Bersatu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap layanan UMNO kepada parti mereka.

Ia dapat dilihat apabila Osman dan Sahruddin tidak dipilih untuk menganggotai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sementara di peringkat pusat pula, dalam pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Osman dan seorang lagi bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal tidak tersenarai. – SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button