Nasional

Insiden parapet hempap kereta di SUKE: Tindakan undang-undang akan diambil

PIHAK yang bertanggungjawab dalam kejadian panel konkrit tembok sisi jambatan struktur binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang terjatuh daripada struktur binaannya pada 19 September lalu akan diambil tindakan undang-undang.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan undang-undang akan diambil selepas laporan penuh kejadian itu diterima pihaknya.

“Selepas menerima laporan siasatan penuh itu nanti, kita akan menentukan apalah bentuk tindakan yang sesuai supaya menjadi satu pengajaran.

“Saya berharap CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) dan DOSH (Jabatan  Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia) akan dapat menyiapkan laporan itu secepat mungkin,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun nyaris maut selepas kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), mengakibatkan kereta berkenaan remuk dan wanita terbabit cedera pada tangan kirinya.

DOSH menyiasat tiga aspek membabitkan keselamatan, aktiviti pembinaan dan kualiti struktur binaan susulan insiden itu.

Siasatan itu dilakukan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994 (Akta 520). Selain itu, kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta oleh pemaju projek, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) susulan kejadian itu. – BERNAMA

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button