Nasionalpilihan

Lelaki disyaki pengedar dadah mati ketika ditahan, polis lakukan siasatan menyeluruh

POLIS akan melakukan siasatan menyeluruh sekiranya wujud unsur kekerasan hingga mengakibatkan kematian ketika menangkap seorang lelaki disyaki pengedar dadah di sebuah rumah flat di Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur pada petang semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya juga telah menerima laporan polis kira-kira pukul 3.15 pagi tadi yang dibuat oleh anak saudara kepada suspek yang meninggal dunia.

“Dalam laporan tersebut, anak saudara suspek (si mati) mengatakan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan terhadap suspek (si mati) semasa melakukan tangkapan.

“kita sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan yang dibuat itu,” katanya.

Menurut Azmi, mayat suspek kini telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan laporan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pagi tadi, Suara Merdeka melaporkan seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah maut ketika ditahan pihak polis kira-kira pukul 5 petang semalam.

Sebelum ditahan, suspek yang berusia 45 tahun telah bertindak agresif dengan mencapai sebilah sabit dan hendak menyerang pasukan serbuan.

Dalam serbuan tersebut, pihak Polis telah  menemukan dadah jenis Methamphetamine dan Heroin.

Bagaimanapun, suspek yang telah ditangkap mengalami sesak nafas dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.

Tambah Azmi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menyalurkannya kepada pihak Polis dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran. -SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button