Nasionalpilihan

Bukan salah Malaysia atas masalah kemasukan buruh asing – M Saravanan

KUALA LUMPUR: Sebarang isu berbangkit mengenai kelewatan kemasukan buruh asing ke negara ini bukan berpunca daripada Kerajaan Malaysia.

Sebaliknya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata halangan mengenai perkara itu berlaku di peringkat majikan dan ejen yang menguruskan kemasukan buruh dari negara sumber.

Malah, katanya, jumlah agensi yang membawa masuk buruh asing dari Bangladesh dinaikkan kepada 100 dengan 75 daripada keseluruhan agensi itu sudah diluluskan Kabinet.

Beliau berkata, banyak pihak kurang arif mengenai isu berkenaan dan mendakwa punca kelewatan berlaku akibat halangan daripada kerajaan, selain menjelaskan kementerian hanya berperanan memberi kelulusan khas pengambilan buruh kepada negara sumber.

“Yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah majikan lebih gemar menggajikan warga Indonesia dan Bangladesh kerana isu bahasa, agama dan sebagainya. Namun, pengambilan buruh dari kedua-dua negara ini sudah mula berkurangan.

“Sebab itu kita cadangkan majikan supaya ambil (buruh) daripada negara lain, jangan hanya bergantung pada satu negara. Kementerian tak boleh tentukan buruh dari mana mereka perlu ambil kerana kita ada 14 negara sumber.

“Terlalu banyak syarat (dikenakan negara sumber) apabila kita terlalu bergantung pada satu negara sahaja. Sebab ini saya minta majikan supaya memilih negara sumber lain,” katanya pada sidang media Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di sini, hari ini.

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button