Politik

Mohd Izhar Cuma Ahli Biasa Bersatu, Tewas Pemilihan Jawatan Ketua Bersatu Johor Bahru

Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menegaskan Bersatu akan terus mara biar pun Datuk Mohd Izhar Ahmad meninggalkan parti itu.

Penilaian umum juga berpendapat, pengunduran Mohd. Izhar tidak memberi kesan yang banyak biar pun beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin mewakili Bersatu.

Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mengumumkan Mohd. Izhar pada saat sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan parti, dia cuma ahli Bersatu tanpa jawatan.

“Memang sebelum ini Mohd. Izhar pernah meletakkan jawatan Ketua Penaja Bersatu Bahagian Labis pada 2019 dan cuba bertanding jawatan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, namun tewas dalam pemilihan.

“Sungguh pun begitu, Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor tetap merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas setiap sumbangan yang telah diberikan sewaktu menjadi ahli parti,” katanya.

Sahruddin berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas penarikan diri Mohd. Izhar yang tidak lagi berminat untuk meneruskan perjuangan bersama Bersatu kerana tiada sebarang jawatan.

Dalam pada itu, Sahruddin memaklumkan wujudnya kekosongan jawatan Ketua Bersatu Bahagian Tebrau dan kekosongan itu akan dipangku timbalannya bagi melancarkan pentadbiran parti di peringkat bahagian.

“Hal ini demikian kerana Mazlan Bujang yang merupakan Ketua Bersatu Tebrau telah meletakkan jawatan dan bertindak keluar parti baru-baru ini.

“Meskipun begitu, Jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau dan sayap-sayap parti bahagian menzahirkan komitmen unttuk kekal bersama Bersatu dan masih yakin terhadap pucuk kepimpinan parti,” katanya.

(Visited 496 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button