NasionalNegeri

Inovasi tukar cara hidup manusia lebih mencabar – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, inovasi sebenarnya telah menukar corak kehidupan manusia sekaligus lebih mencabar dan berdaya saing.

Baginda bertitah, inovasi dan kreativiti juga telah menjadikan beberapa buah negara semakin menonjol seperti Korea Selatan dan Finland.

 

“Oleh itu terletak dibahu pelajar hari ini untuk memandang ke hadapan serta melengkapkan diri dengan menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai halatuju baharu,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) wang tunai berjumlah RM96,600
kepada 138 penerima.

Ia melibatkan anak kariah Kampung Baroh sebanyak 68 orang dan 70 lagi anak kariah Kampung Santan.

Penyampaian zakat ini diadakan di Masjid Al-Saadah, Kampung Baroh.

Dalam titah juga Tuanku Syed Faizuddin menambah bahawa dengan transisi global dalam teknologi telekomunikasi dan Internet menuntut banyak cabaran supaya golongan pelajar sentiasa cakna dengan perkembangan pendidikan.

Justeru itu titah Baginda, golongan pelajar perlu memanfaatkan sumber dalam talian serta pantas mempelajari aplikasi terkini bagi mengikuti pengajian dengan lebih efektif.

Raja Muda turut berkongsikan sebuah kata-kata hikmah daripada Malcolm X yang berbunyi “Education is the passport to the future, for tomorrow belongs to those who prepare for it today”. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button