Rencah Hidup

PKP: RM1,500 ‘dipau’, Wak kutip daun-daun hijau sebagai sayur

HARI ke-30 seluruh rakyat Malaysia diminta agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, nasib rakyat tidak dibiarkan begitu sahaja.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi pelbagai bantuan demi kelangsungan sebuah kehidupan kerana keprihatinan kerajaan.

Segala tindakan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Nasional (PN) adalah dalam usaha untuk kita sama-sama memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Wabak pembunuh, musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini mengancam bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh dunia.

Dalam keadaan kehidupan yang tidak seperti biasa, terbaca catatan seorang insan di media sosial Facebooknya yang mengisahkan tentang nasib seorang mangsa yang dipanggil dengan panggilan mesranya, Wak.

Wak yang tinggal berdekatan dengan penulis Facebook berkenaan, telah dipau. Istilah pau membawa maksud, diugut untuk mendapatkan wang perlindungan.

Dalam dunia hari ini, masih wujud lagi istilah pau mengepau orang dan Wak yang menjadi mangsa, telah kerugian sebanyak RM1,500.

Memang timbul persoalan, mengapa Wak ini takut dan sanggup memberi sejumlah wang tersebut kepada si pengugut?

Dan mengikut empunya Facebook yang menulis kisah Wak ini di statusnya, perbuatan pau itu adalah rutin biasa. Rutin biasa? Mana boleh kerana negara kita mempunyai undang-undang.

Kasihan dan rasa simpati terhadap nasib Wak ini yang mungkin bekerja sebagai buruh kasar. Sedangkan wang RM1,500 itu adalah untuknya sekeluarga, berbelanja kecil-kecilan sepanjang PKP yang kita semua tidak tahu, bilakah penghujung PKP ini.

Namun begitu, Wak ini berusaha untuk mencari sesuap nasi bagi keluarganya.

Beliau meminta izin daripada pemilik akaun Facebook berkenaan, untuk memetik sayur-sayur yang tumbuh di kawasan hutan kecil di bahagian belakang rumah pemilik Facebook berkenaan.

Berikut adalah catatan asal pemilik akaun Facebook Siti Kamsari yang dikongsi untuk paparan pembaca SUARA MERDEKA:

Pagi nih hati bagai dirobek mendengarkan dua pengkhabaran sedih. Tapi yang kedua itu sebenarnya lebih menyakitkan hati!

Kes kedua tuh amat memalukan! Di saat semua orang terkesan teruk dengan musim wabak COVID-9, ada juga yang hilang nilai-nilai kemanusiaan dengan terus bertukar menjadi binatang!

Mengambil kesempatan ‘pau’ orang atas nama wang perlindungan sememangnya perbuatan rasuah yang amat menjijikkan.

“Saya tidak ke mana-mana hanya duduk di rumah kelmarin. Tetiba sahaja didatangi ke rumah. Lalu katanya kalau mahu selamat makanya harus dibayar.

“RM1,500 saya terpaksa bayar supaya saya tidak diapa-apakan. Habis duit simpanan saya semua. Pikirnya buat bisa nanggung sementara enggak punya kerja lagi kerna wabak….” kata mangsa sedihhh.

Beliau yang terpaksa singgah rumah Ai bagi meminta kebenaran mencari daun-daun hijau untuk dijadikan sayur dari hutan sebelah rumah Ai nih….

“Wak, sebagai golongan teraniaya kita mohon n doa sahaja kepada Allah. Orang seperti itu pasti satu hari akan makan diri. Nasib lah kalau esok dia tergolek lalu mati….” Kata Ai.

Keterangan gambar:  Mangsa kena pau, Wak membawa pulang daun-daun atau sayur daun turi dari rumah Ai nih dengan dia tolong pangkas pokok supaya tumbuh lebih banyak tunas2 baru dan ambil upah bersihkan laman rumah Ai. – SM

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button