Rencana

Inisiatif lebih baik ganti one-off KWSP

Pengeluaran tunai Rm10,000 kali terakhir ialah permintaan sebahagian kecil rakyat negara ini namun dijadikan suatu isu besar bilamana ia di tunggangi oleh beberapa politisi yang cuba mendapatkan “mileage” politik untuk kepentingan mereka peribadi.

Data ialah unjuran fakta yang tidak menipu sesiapa, pada Disember 2021, terdapat 40.74 % rakyat dengan simpanan KWSP di bawah RM 5K atau bersamaan dengan 6.1 juta orang rakyat negara ini.

Mereka yang mempunyai simpanan berjulat RM 5K –RM 10K pula hanya berjumlah 8.57% yakni berjumlah 1.3 juta individu. 23.75% bagi mereka yang mempunyai caruman berjumlah RM 10 K –Rm 50 K iaitu sekitar 3.6 juta orang individu.

Jumlah pencarum dengan kadar caruman RM 50K – RM 100K hanyalah sekitar 10.98% iaitu 1.6 juta orang individu, 25.14 % bagi pencarum dengan jumlah caruman berkisar di antara RM 100K –RM 500K dan jumlah pencarum dengan simpanan hari tua sekitar RM 500K ke atas hanya berjumlah 1.79% iaitu 273,045 orang individu.

Lihatlah betapa tinggi jumlah purata individu yang akan terkesan secara jangka panjang jika pengeluaran di benarkan , hanya sekitar 59.26% mampu mengeluarkan dengan nilai RM10K secara “one off” sehingga jumlah individu dengan kadar simpanan hari tua di bawah RM 5K akan meningkat secara drastik sehingga melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan pencarum.

Isu ini di ulang-ulang oleh para politisi berkenaan tanpa mengkaji dan mendalami kesannya terhadap rakyat itu sendiri, sehingga bilamana di tunaikan, yang akan terkesan dan terpaksa menanggung kesan liabiliti berpanjangan ialah rakyat sendiri, sementara para politisi berkenaan akan berlepas tangan selepas kelihatan menjuarai isu rakyat berkenaan KWSP.

Pihak kerajaan yang begitu prihatin dan mendengar suara-suara rakyat negara ini di bawah pimpinan PM-DSIS kemudiannya datang dengan suatu inisiatif yang lebih baik serta tidak membebankan sesiapa terutamanya golongan marhaen, sehingga simpanan hari tua rakyat akan kekal terjamin untuk di nikmati di usia lanjut.

Beliau, yakni PM-DSIS mewujudkan satu skim pinjaman di bawah BSN tanpa sebarang faedah sebanyak 10K. Ini bermakna dalam bahasa mudah, kerajaan sendiri memberikan modal kepada rakyat terutamanya yang terjejas akibat banjir untuk memulakan dan memulihkan semula keadaan hidup mereka secara perlahan tetapi pasti tanpa mengambil sebarang keuntungan malah tempoh pembayaran semula hanya bermula pada bulan ketujuh.

“Ini bukan bantuan, kerana perlu di bayar semula”,suatu naratif kurang berakal yang cuba di labelkan berikutan isu ini. Ya, ianya perlu di bayar semula namun sekali lagi di tegaskan pinjaman ini datang tanpa sebarang faedah Rakyat tidak akan di rugikan malah berada pada posisi untung di atas angin.

Sedangkan jika pengeluaran KWSP di benarkan sekali lagi, maka rakyat akan lebih terbeban termasuk lah para majikan kerana terpaksa membayar jumlah caruman yang lebih tinggi.

Kesan berantai yang terwujud ialah majikan berkemungkinan besar akan mengurangkan jumlah tenaga kerja bagi meminimakan kos-kos pengoperasian. Kadar pengangguran akan meningkat sehingga rakyat akan lebih terbeban kerana tidak dapat bekerja atau terpaksa menerima gaji di bawah kadar minimum.

Kesan-kesan sebegini tidak langsung di fikirkan langsung oleh mereka yang seolah bersuara lantang demi rakyat, yang ada di benak mereka hanyalah sekadar terlihat jaguh demi karier politik mereka yang semakin malap dan suram.

Bukan hanya bantuan tunai RM 10K, skim ini juga datang dengan pelbagai skim sokongan yang jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam menyantuni rakyat terutamanya mereka yang terjejas banjir.

Antaranya ialah, bantuan bayaran balik pelbagai jenis pinjaman,moratorium serta program suntikan modal di bawah selian TEKUN NASIONAL bagi golongan PKS yang terkesan.

Kesemua ini, tidak lain hanyalah sebuah manfaat yang sangat di harapkan oleh rakyat sehingga jika di analogikan, seolah-olah ketika rakyat meminta sepinggan nasi tetapi di hidangkan oleh kerajaan akan nasi berserta lauk-pauk yang membangkitkan selera.

Banyak lagi akan bantuan dan inisiatif semasa yang menyeluruh dan meliputi manfaat jangka pendek dan panjang akan di wujudkan di bawah pentadbiran PM-DSIS.

Inilah kerajaan yang benar-benar meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mutlak tanpa sensasi politik yang berlebihan.

-RP

(Visited 442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button