Uncategorized

COVID-19: Sistem ‘autogate’ di pintu masuk negara ditutup sementara

Oleh BERNAMA

Penggunaan sistem ‘Autogate’ dan ‘E-gate’ di semua pintu masuk seluruh negara ditutup sementara bermula hari ini sebagai langkah menangani penularan jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud bagaimanapun berkata tindakan itu tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong ke dalam negara ini.

“Ya (autogate) ditutup sementara dan ia tidak jejaskan kemasukan. Ia (penutupan) untuk tujuan kawalan yang lebih ketat dalam menangani penularan virus COVID-19 dan kita akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam isu itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang surat arahan Jabatan Imigresen Malaysia kepada Pengarah Imigresen Negeri yang tular di media sosial dengan meminta mereka menutup sementara penggunaan sistem ‘Autogate’ dan ‘E-gate ekoran penyakit itu.

Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 14 kes baharu COVID-19 lagi dikesan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat ke 50 kes.

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button