NegeriRencah Hidup

Anakanda menantu Raja Perlis selamat disemadi di Makam DiRaja Arau

Balu Allahyarham, Mohammad Yaacob Azizul Hassan, Datuk Seri Hajah Sharifah Fazira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail meletakkan sepohon pokok pada kubur suaminya yang selamat disemadikan di Makam DiRaja Arau, petang semalam.

JENAZAH Allahyarham Datuk Paduka Mohammad Yaacob Datuk Seri Azizul Hassan, 58, suami kepada Tengku Puteri Mahkota Perlis, Datuk Seri Hajah Sharifah Fazira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah selamat disemadikan di Makam DiRaja Arau, petang semalam.

Beliau yang juga merupakan anakanda menantu kepada Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.26 pagi semalam akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Tuanku Syed Sirajuddin, dan Tengku Syed Faizuddin Putra berkenan menunaikan solat jenazah Allahyarham Datuk Paduka Mohammad Yaacob Datuk Seri Azizul Hassan yang diimamkan oleh Mohd Asri Zainul Abidin di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar.

Pengurusan mandi jenazah telah berjalan dengan lancar yang telah diuruskan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar.

Para kerabat DiRaja serta tetamu memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di bilik perpustakaan masjid tersebut
dan disusuli dengan solat jenazah sejurus selepas solat zohor yang diimamkan oleh Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tuanku Syed Sirajuddin, Tuanku Tengku Fauziah, Tengku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melihat jenazah Allahyarham Datuk Paduka Mohammad Yaacob Datuk Seri Azizul Hassan disemadikan di Makam DiRaja Arau, petang semalam.

Berkenan berangkat ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda Baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. – SM

BACA The Mines Resort & Golf Club anjur Pertandingan Golf Bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis bersama YTSP Perlis

(Visited 182 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button