Kemalangan

3 remaja maut lumba haram di Johor

PASIR GUDANG: Tiga remaja maut manakala seorang lagi parah selepas mereka semua terbabit dalam kemalangan ketika berlumba motosikal di Jalan Delima, Taman Kota Masai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Sohaimi Ishak berkata, tiga mangsa yang maut berusia 15 hingga 16 tahun, manakala seorang mangsa berusia 17 tahun cedera parah.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam melibatkan tiga motosikal yang kesemua mangsa sama ada berlumba atau menunggang motosikal.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak dari motosikal mereka dan terhempas di bahu jalan serta di atas batu di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Sohaimi menasihatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak terutama kanak-kanak bawah umur dan tidak membenarkan mereka menunggang motosikal di jalan raya atau terlibat dalam perlumbaan motosikal haram.

Sementara itu, dalam satu lagi kes, polis menahan dua lelaki berusia 21 dan 22 tahun, di sini semalam yang dipercayai menunggang motosikal dan melakukan wheelies yang dilihat dalam video berdurasi 19 saat yang tular di media sosial.

(Visited 814 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button