Politik

Inilah putera Abu Dhabi dalam audio SPRM, Malaysia dapat berapa?

PUTERA Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Bin Zayed  yang melabur USD 22.8 bilion (RM93.5 bilion) di Indonesia merupakan individu yang sama dalam rakaman audio yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, dedah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Susulah pelaburan itu, bekas Najib secara sinis bertanya, berapa pelaburan yang Malaysia dapat.

“Inilah putera Abu Dhabi yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dedahkan dalam rakaman audio perbualan telefon saya minggu lepas.”

“Hari ini dia melabur USD 22.8 bilion (RM93.5 bilion) di Indonesia. Malaysia dapat berapa?”

Menurut Najib, kerajaan Sheikh Mohammed tersebut telah menandatangani perjanjian penyelesaian antara IPIC dengan 1MDB.

Perjanjian itu membolehkan semua wang 1MDB yang didakwa hilang akan dikembalikan oleh mereka sebelum 31 Disember 2020.

“Tapi Guan Eng kata tak boleh dedahkan perjanjian tersebut walaupun saya telah berkali-kali mencabar tahun lepas untuk membuktikan saya telah selesaikan masalah 1MDB supaya satu sen dana mereka pun tak hilang..

“Masa saya cabar saya belum didakwa. Masa itu, Guan Eng senyap dan tak mahu menjawab. Lepas saya didakwa dalam mahkamah, dia jawab bahawa dia tidak dapat dedahkan kerana kes sudah ada dalam mahkamah,’ kata Najib.

Media hari ini melaporkan Indonesia memeterai 11 perjanjian perniagaan bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) bernilai 314.9 trilion rupiah (RM93.5 bilion) merangkumi pelaburan dalam tenaga dan sektor lain,.

Presiden Joko Widodo memeterai pemeteraian perjanjian itu bersama Sheikh Mohammed  hujung minggu lalu dalam satu lawatan rasmi ke Abu Dhabi.

Dalam sektor gas dan petrokimia, Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) memeterai perjanjian bersama syarikat Indonesia, PT Pertamina dan PT Chandra Asri Petrochemicals, lapor agensi berita kerajaan UAE, WAM.

Ia termasuk perjanjian bagi ADNOC untuk membekal 528,000 tan gas petroleum cecair (LPG) kepada Pertamina menjelang akhir 2020, kata WAM.

Sebelum lawatan itu, menteri-menteri Indonesia sudah menjelaskan beberapa urus niaga berkenaan, termasuk perjanjian antara Pertamina dan ADNOC untuk menaik taraf sebuah kemudahan penapisan di Balongan, Jawa Barat.

Widodo berkata, lima perjanjian turut dimeterai antara kerajaan. Perjanjian meliputi pendidikan, kesihatan, pertanian dan membanteras keganasan, kata Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dalam satu kenyataan.

Widodo dan putera mahkota turut membincangkan rancangan untuk menubuhkan sebuah dana kekayaan berdaulat, kata Menteri Koordinasi bagi Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Pandjaitan.

Dalam siri pendedahan rakaman perbualan yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu, Najib didakwa menghubungi Sheikh Mohamed bagi mendapatkan bantuan berhubung dana pembiayaan filem anak tirinya, Riza Aziz.

Wisma Putra dalam kenyataannya sebelum ini berkata, telah mengambil tindakan proaktif bagi meminimakan sebarang isu yang mungkin timbul, susulan pendedahan rakaman dipercayai perbualan antara Najib dan  Sheikh Mohammed.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, antara tindakan yang ‘lazimnya’ diambil adalah bagi Duta atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar negara yang terbabit.-SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button