Nasionalpilihan

Lima syarikat korporat sumbang RM16 juta untuk Bakul Prihatin Negara

SEBANYAK lima syarikat korporat telah menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM16 juta untuk Bakul prihatin Negara.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataannya berkata, Yayasan Petronas menyerahkan sumbangan berjumlah RM5 juta.

“Empat lagi syarikat korporat ialah Aeon Big (RM4 juta); Pharmaniaga (RM3 juta); Tenaga Nasional Berhad (RM2 juta) dan Telekom Malaysia (RM2 juta).

“Sumbangan daripada sektor korport untuk Bakul Prihatin Negara disalurkan menerusi Yayasan Kebajikan Negara di bawah KPWKM,” katanya.

TerdahuLu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima sumbangan tersebut ketika membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks KPWKM, Putrajaya.

Turut hadir ialah Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Bakul Prihatin Negara ini adalah hasil cetusan idea daripada Perdana Menteri sendiri sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan, yang dilaksanakan kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk dibawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)1.0 dilaksanakan bulan Mac 2020, Kerajaan melalui KPWKM telah mengagihkan sejumlah RM1.4juta bakul makanan yang memberi manfaat kepada 5.6 juta isi rumah yang terjejas dan terkesan akibat pandemik COVID-19.

Tidak cukup dengan itu pada 1 Julai yang lalu di bawah pakej PEMULIH, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 ribu untuk setiap ahli Parlimen tanpa mengira parti politik.

Jumlahkeseluruhan peruntukan itu adalah sebanyak RM66.6juta melibatkan penyediaan kira-kira 666,000 bakul makanan yang dianggarkan memberi manfaat kepada 2,664,000 rakyat diseluruh negara.

Kerajaanterus cakna dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan apabila melaksanakan inisiatif terbaharu,Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik berkonsepkan “Whole of Society”melibatkan Kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). -SM

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button