Nasional

Hanya individu lengkap divaksin dibenarkan ke rumah ibadat

HANYA individu yang telah lengkap divaksin COVID-19 dibenarkan menyertai aktiviti keagamaan dan sembahyang di rumah ibadat sempena perayaan Deepavail pada 4 November ini.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah megeluarkan kenyataan mengenai prosedur operasi standard (SOP) mengikut fasa-fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut kenyataan tersebut, had kehadiran tertakluk kepada saiz ruang sembahyang rumah ibadat dengan mengambil kira penjarakan fizikal tidak kurang daripada satu meter bagi rumah ibadat yang berada dalam Fasa Tiga PPN.

Sementara itu, rumah ibadat yang berada dalam Fasa Empat PPN, saiz ruang sembahyang juga mengambil kira penjarakan fizikal tidak kurang daripada satu meter, aktiviti keagamaan dan sembahyang mengikut tempoh waktu yang ditetapkan dan pemberian makanan secara berbungkus.

“Tempoh waktu keagamaan dan sembahyang dibenarkan antara pukul 6 pagi dan 2 petang serta antara pukul 4 petang dan 10 malam. Pamberian makanan pula hanya dibenarkan secara berbungkus dan makan di rumah ibadat tidak dibenarkan,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut turut menyatakan, aktiviti perarakan tidak dibenarkan, bazar jualan Deepavali dibenarkan tertakluk kepada kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan aktiviti berkunjung ke rumah keluarga dan aktiviti ziarah kubur dibenarkan bagi penerima vaksin lengkap sahaja.

Dalam kenyataan tersebut, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique mengingatkan masyarakat India untuk mematuhi SOP yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan memastikan penjarakan fizikal semasa sambutan Deepavali. -SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button