Jenayah

Ingkar PKPB: 31 orang dikompaun RM1,000

SEBANYAK 31 orang dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul di sebuah pusat hiburan di Dataran 32 Square, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, sebanyak 36 orang terdiri daripada 25 lelaki adn 11 wanita berusia lingkungan 20 hingga 58 tahun telah ditahan.

“Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menggaji pekerja warganegara asing tanpa permit.

“Dua lagi lelaki warga asing berusia 20 dan 29 tahun telah ditahan kerana melanggar syarat visa lawatan serta disiasat di bawah Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, 31 warga tempatan terdiri yang disyaki sebagai pekerja dan peanggan premis telah dikenakan kompaun RM1,000. – SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button