Ekonomi

Telekung Rawdah selesa dipakai seperti ‘Seanggun Bidadari Menghadap Ilahai’

Telekung Premium jenama Rawdah dihasilkan dari material cotton yang lembut dan selesa pada si pemakai, terdapat 80 pilihan warna dalam 16 koleksi yang berlainan.

Mengambil inspirasi dari corak bunga, reka bentuk bunga matahari, daisy dan kerawang masih menjadi pilihan utama dari para pelanggan.

Pilihan telekung Rawdah

Menerusi Tagline ‘Seanggun Bidadari Menghadap Ilahi’, pelanggan dapat menjadikan solat lima waktu detik paling berharga dalam hidup setiap kali menunaikan kewajipan pada Yang Maha Esa.

Menurut pengasas dan Ketua pegawai eksekutif Rawdah, Alia Izaaty, pihaknya mempunyai misi mendidik wanita Islam khususnya di Malaysia agar tampil dalam keadaan bersih dan cantik semasa menunaikan solat.

“Kami selalu bertanya ‘bila kali terakhir tukar telekung?’. Ada segelintir yang memakai telekung bertahi lalat dan tidak bertukar telekung. Kami ingin berkongsi kesedaran kerana masih ada yang memakai telekung lusuh dan tidak titikberatkan kebersihan. Cukup sayang kerana setiap kali keluar rumah, kita akan pakai yang cantik-cantik, namun bila di hadapan Allah, kita ambil mudah.

Mementingkan keselesaan kepada setiap si pemakai

“Tidak perlu mahal dan ikut trend, asalkan kita ada telekung yang cantik dan bersih untuk pamerkan kepada Allah.

“Telekung Rawdah Signature antara yang menjadi pilihan kerana kami sangat mementingkan keselesaan, bermaksud design terletak di tempat kedua. Kami mahu pemakai mendapat pengalaman menunaikan solat, walaupun lima minit, namun itulah detik ‘me time’ yang sangat berharga.

“Misi kami untuk mendidik wanita di Malaysia lebih dekat dengan ilmu kewanitaan dan keagamaan. Selain daripada mempromosi telekung, kami menjadikan media sosial sebagai platform utama menyebarkan ilmu,” ujarnya.

pengasas dan Ketua pegawai eksekutif Rawdah, Alia Izaaty

Pada awal pembukaan jenama ini bermula dari talian ketika negara sedang dilanda Covid-19, kini Telekung Rawdah berjaya membuka cawangan kedua di Subang Jaya selepas mendapat sambutan yang hangat di Melawati Mall.

“Ramai peniaga dalam fasa bertahan pada waktu ini kerana cabarannya cukup besar. Dan pembukaan cawangankedua kami ini bukanlah bertujuan untuk mengembangkan perniagaan, namun kami mahu memudahkan pelanggan yang ada.

“Untuk tahun lepas, jualan kami mencecah RM6 juta dengan jualan 50,000 pasang telekung. Dan untuk tahun ini kami mensasarkan jualan RM10 juta.

Telekung Rawdah juga melakukan inovasi beg sejadah dua dalam satu di mana beg boleh ditukarkan menjadi sejadah dan cukup mudah dibawa, idea tersebut tercetus sewaktu Covid-19 melanda.

Selain itu Telekung Rawdah juga menawarkan perkhidmatan jahitan sulam nama kepada pelanggan kepada pelanggan yang berminat boleh layari, https://www.telekungrawdah.com/

Artikle Berkaitan:>

Anak minta telekung putih, ibubapa tak sangka petanda ajal graduan cemerlang

Nora Danish Tampil Bertelekung Namun Panjang Kainnya Jadi Perbualan!

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button