Nasional

Ingkar arahan PKP, 518 individu dikompuan dalam masa sehari

MASIH ramai rakyat yang ingkat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah kompaun dikeluarkan ke atas 518 individu semalam.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan paling tinggi dicatatkan ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal iaitu sebanyak 193 kes.

“Kesalahan lain termasuklah aktiviti pusat hiburan (119), tidak memakai pelitup muka (71), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (58), dan lain-lain (77),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Op Benteng pula menyaksikan sebanyak 292 sekatan jalan raya dilaksanakan pada semalam.

Jelasnya, operasi itu juga berjaya menahan sebanyak 47 PATI serta merampas dua buah kenderaan darat.

“Sejak April hingga semalam, sebanyak 13,786 jumlah pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang melibatkan 7,930 tapak binaan di seluruh negara.

“Semalam, anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di lapan tapak binaan di seluruh negara dan kesemua tapak binaan yang diperiksa mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Ujarnya, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga membuat pemantauan harian terhadap 12 jenis bekalan barangan di 656 premis termasuk peruncit (462), pemborong (163) dan pengilang (31).

Tambahnya, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh,. -SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button