Nasional

Cabaran tangani isu kekurangan pekerja di restoran

SALAH satu pekerjaan dilihat umum sebagai tidak menjanjikan perkembangan kerjaya yang baik adalah bekerja di restoran.

Hal demikian menyebabkan ramai pengusaha-pengusaha mengalami kesulitan untuk mengekalkan pekerja terutama dalam sektor perkhidmatan seperti pelayan.

Jika tiada pelayan mungkin akan kurang sambutan, tetapi bagaimana restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Mc Donald dan sebagainya?

Adakah semua restoran perlu mengamalkan konsep seperti rangkaian ‘fast food’ bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja.

Mungkin persoalan itu ditimbulkan oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dalam pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, pertemuan tersebut memberi fokus utama terhadap kemampanan dan kelangsungan sektor restoran di negara ini.

“Cabaran-cabaran yang dihadapi serta kemampanan dan kelangsungan sektor restoran menjadi fokus utama.

“Perlu ada kerjasama untuk menyelesaikan masalah seperti isu tenaga pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya selepas mengadakan pertemuan dengan Presma semalam.

Selain strategi menangani isu tenaga kerja, masalah kenaikan harga bahan mentah turut disentuh.

Beliau berkata, KPDNHEP tiada masalah untuk bekerjasama dengan industri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“KPDNHEP dengan kerjasama industri akan menyediakan saluran aduan bagi pihak industri untuk membendung kenaikan harga barangan mentah yang tidak munasabah.

“Pada masa yang sama, kebajikan pengguna akan terus dilindungi melalui kepekaan pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian terhadap aduan pengguna,” jelasnya. – SM

(Visited 3,838 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button