Politik

“Ada satu gerakan di Kedah tidak mahu pemimpin gaduh”- PMX

Kelmarin telah berlangsungnya majlis Ta’aruf perpaduan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jitra, Kedah.

majlis Ta’aruf perpaduan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jitra, Kedah.

Dalam satu ucapan beliau, menegaskan bahawa pelaburan tambahan berjumlah lima bilion euro RM25 bilion oleh Ifinieon Technologies AG (Infineon) di Kulim Hi-Tech merupakan hasil rundingan Kerajaan Perpaduan dengan pelabur Jerman.

Jelasnya lagi keputusan itu dicapai setelah Kerajaan Negeri Kedah mengadakan rundingan selama 13 bulan namun gagal mencapai kata putus.

“Yang dia (Kerajaan Negeri Kedah) runding 13 bulan sudah dia (pelabur Jerman), yang sebulan sudah diam ai runding dengan saya, bukan dengan mereka.

“Sebab apa dia runding dengan saya bukan sebab saya Anwar tapi sebab saya pemimpin Kerajaan Perpaduan dan kerajaan ini stabil,” dalam ucapannya sempena Ta’aruf Perpaduan, di Jitra malam tadi.

Dalam satu hantaran melalui facebook Anwar, beliau berharap rakyat Kedah memberi peluang kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk berusaha mencari jalan membela nasib rakyat sekali gus mengangkat martabat rakyat di negeri itu.

“Kita nak cari jalan supaya nasib rakyat Kedah kita angkat, saya minta percaya satu saja, kita akan lakukan sebaik mungkin, kita doa supaya kita laksanakan sedaya upaya kita, angkat martabat rakyat negara kita bermula di Kedah,” katanya.

Dalam pada itu dalam semasa majlis berlangsung Perdana Menteri berkata, terdapat indikasi yang menunjukkan pengundi di Kedah menolak pemimpin yang gemar mencari gaduh dan suka menghina serta memaki hamun pemimpin lain.

“Ada satu gerakan di mana rakyat (Kedah) tidak mahu lagi (pemimpin) gaduh-gaduh… rakyat Kedah mahu satu negeri yang bersatu padu, maju ekonominya serta menjaga rakyat yang miskin.

“Ini guna kuasa hari-hari maki orang. Apa saya teruk sangatkah? Tak baik macam itu, gaduh sikit-sikit tak apa tapi jangan hari-hari maki,” katanya

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button