Rencah Hidup

Influencer maut jatuh dari tingkat 9 ketika selfie matahari terbenam

GARA-GARA terlalu teruja merakam selfie ketika suasana matahari terbenam, seorang gadis maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan kediaman sembilan tingkat.

Ketika kejadian, Kubra Dogan, 23, sedang menziarahi sepupunya, Helen, 16, pada Jumaat lalu di Istanbul, Turki.

Selepas itu kedua-duanya mengambil keputusan untuk membuat rakaman video di atas bumbung.

Ketika matahari mula terbenam kira-kira pukul 7.30 malam, kedua-dua gadis berkenaan memanjat bumbung bangunan tersebut sambil merakam selfie.

Namun, Dogan tiba-tiba terpijak bahagian bumbung berwarna kelabu tanpa menyedari ia sebenarnya adalah plastik, mengakibatkan ia pecah dan dia jatuh dari ketinggian 49 meter.

Sebaik sahaja pihak paramedik tiba di lokasi kejadian influencer TikTok terkenal itu disahkan telah meninggal dunia.

Pada bulan lalu, seorang influencer Hong Kong, Sophia Cheung maut selepas tergelincir di air terjun ketika cuba berselfie.

Di China, seorang selebriti, Xiao Qiumei juga maut selepas terjatuh beberapa meter dari sebuah kren ketika sedang membuat penstriman langsung.

(Visited 555 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button