BeritaPolitik

Terampilkan pemimpin yang telus, amanah – Redzuan

AMAT penting bagi setiap ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memilih pemimpin yang telus, beramanah dan jujur dalam mengalas tanggungjawab yang diberikan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengingatkan, perlu ada sikap kewaspadaan dalam memilih saf kepimpinan itu sendiri supaya mereka yang menerima mandat dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan teratur, telus dan amanah.

“Kita perlu membawa orang yang mahu menggalas tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong pemerkasaan barisan kepimpinan Pak Wan demi kesejahteraan penduduk Masjid Tanah,“ kata Mohd Redzuan, antara pemimpin Bersatu yang lantang bercakap soal nasib dan masa depan orang Melayu.

Beliau hadir meluangkan masa bersama ahli-ahli Bersatu dalam majlis santai makan malam di Kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Melaka, malam kelmarin.

Program ramah mesra itu bertujuan mengukuhkan ukhwah serta platform dalam kalangan ahli Bersatu untuk menyuarakan pandangan dan makluman balas bagi memperkukuhkan barisan kepimpinan.
– SM

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button