Nasional

Inflasi kos perubatan sedang ditangani segera – Amir Hamzah

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizann berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) serta pihak berkepentingan sedang bekerjasama untuk menyegerakan pelaksanaan penyelesaian jangka panjang bagi mengawal inflasi kos perubatan.

Katanya, mereka termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan, hospital swasta dan penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO).

BNM katanya, sebelum ini telah mengumumkan langkah interim bagi mengekang impak kenaikan premium dan sumbangan insurans takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) kepada pemegang polisi.

Katanya, menerusi langkah interim itu, 80 peratus pemegang polisi dijangka menghadapi pelarasan premium atau sumbangan tahunan kurang daripada 10 peratus yang disebabkan oleh inflasi tuntutan perubatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button