Ekonomi

My E-food tawar peluang pekerjaan pasca PKP

TUKAR cabaran menjadi peluang, membolehkan penyedia perkhidmatan penghantaran makanan dengan aplikasi, ‘My E-food’ mampu tawar peluang pekerjaan.

Terutama dalam situasi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mereka mengambil kesempatan untuk membantu orang ramai yang kehilangan kerja akibat pandemik Coronavirus (Covid-19).

Situasi sedemikian dijadikan peluang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Myefood Malaysia, Mohd. Shahrizat Jasmi untuk meneroka peluang perniagaan dalam bidang penghantaran makanan e-hailing.

Meskipun baharu dua bulan diperkenalkan, namun sambutannya kini amat menggalakkan apabila menerima lebih 200 penyedia makanan yang mahu menggunakan perkhidmatan ‘My E-food’.

Malah, beliau juga mengambil kesempatan dengan mendapatkan manfaat daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) melalui Pertubuhan Kebajikan Sosial Pekerja (Perkeso).

“Alhamdulillah, kini ‘My E-food’ menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sama ada lepasan sekolah, graduan dan penganggur.

“Malah kami juga bersedia untuk menerima mereka yang diberhentikan kerja akibat Covid-19.

“Kami juga membuka peluang latihan praktikal kepada mahasiswa kolej atau universiti dan menyediakan elaun khas.

“Bagi pekerja pula, kami akan menyalurkan elaun khas Penjana sebanyak RM600 seperti yang diumumkan oleh kerajaan.

“Mereka yang berminat untuk mencari kerja boleh layari laman web ‘My Future Jobs’ iaitu skim di bawah Penjana Perkeso.”

Demikian kata Mohd. Shahrizat ketika ditemui Suara Merdeka mengenai perkhidmatan ‘My E-food’ yang disediakannya.

Menyentuh perkembangan penggunaan aplikasi tersebut, beliau turut memaklumkan kini sedang membantu penduduk di Kedah khususnya peniaga.

Ini susulan pelaksanaan PKP Diperketat (PKPD) di 28 mukim dalam daerah Kota Setar selepas mengambil kira Kluster Sungai dan Kluster Tawar.

“Kami menerima lebih 100 permohonan vendor (penyedia makanan) dan 10 orang penghantar makanan di Alor Setar, Kedah dalam masa dua hari.

“Berharap lebih banyak lagi permohonan penghantar makanan diberi kepada kami dengan menghubungi Pengurus Operasi, Shahreza di talian 010 – 236 6019.

“Sementara penyedia makanan seperti pemilik restoran atau peniaga berpremis yang mahu menggunakan perkhidmatan ‘My E-food’ juga masih dialu-alukan.

“Bagi seluruh negara, kita kini mempunyai hampir 300 vendor dan membuka peluang kepada sesiapa untuk menyertai secara sepenuh atau separuh masa sebagai penghantar makanan.

“Dalam situasi pasca PKP ini juga terdapat faedah khas juga disediakan kepada penghantar makanan sebagai satu pekerjaan dalam sektor ekonomi Gerak Insan Gemilang (GIG),” ujarnya. – SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button