KesihatanLuar NegaraPenyakit

Indonesia kesan 15 kes hepatitis ragut tiga nyawa kanak-kanak

DALAM negara dunia bergelut dengan wabak Covid-19 yang kini menjadi endamik, negara jiran, Indonesia berhadapan dengan satu cabaran getir apabila mereka mengesan 15 kes hepatitis teruk berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Hepatitis itu meragut tiga nyawa kanak-kanak dan punca berlakunya penyakit itu tidak dapat diketahui, kata Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin semalam.

Untuk rekod, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu memaklumkan mereka menerima laporan sekurang-kurangnya 228 kes berkemungkinan hepatitis atau radang hati yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak di 20 negara.

Indonesia telah mengesan 15 kes sejak melancarkan siasatan terhadap penyakit itu baru-baru ini dan sehingga ke hari ini, pihak berkuasa kesihatan Indonesia belum mengenal pasti punca yang sahih.

Berbalik kepada kenyataan Budi, beliau tidak mengatakan sama ada kesemua 15 kes itu melibatkan kanak-kanak mahupun rawatan yang diterima.

Segelintir pakar kesihatan mengaitkan penyakit itu dengan jangkitan sejenis adenovirus iaitu satu virus biasa yang mampu menyebabkan gejala seperti flu atau masalah gastrousus.

Terdapat teori mengatakan sekatan pergerakan Covid-19 mungkin telah melemahkan imuniti kanak-kanak kerana golongan ini kurang terdedah dengan patogen biasa ketika terasing daripada masyarakat.

Pada masa sama saintis kini melihat sama ada adenovirus berkenaan telah melalui mutasi atau bertindak seiring jangkitan lain, antaranya Covid-19.

Awal bulan ini, Indonesia melaporkan kematian tiga kanak-kanak yang disyaki dijangkiti penyakit itu di Jakarta pada April lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan pula, kesemuanya telah menerima vaksinasi hepatitis. – SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button