Negeri

Covid-19 meningkat, tiada bazar Ramadan di Kelantan

KERAJAAN Kelantan membatalkan bazar Ramadan di negeri itu berikutan peningkatan berterusan kes jangkitan COVID-19.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Beliau turut memaklumkan, kemudahan Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan Dan Kuarantin COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Ia sebagai usaha kerajaan negeri demi membendung penularan wabak berkenaan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebelum ini dilaporkan membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa.

Kebenaran dibuat dengan jumlah kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ahmad dilaporkan berkata, penjual hanya dibenarkan melayan dua orang pelanggan pada satu-satu masa.

Kes jangkitan harian COVID-19 di Kelantan mencatat 171 kes berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.

Negeri itu turut merekodkan Kelantan juga merekod satu kluster baru iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu.-SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button