Luar Negara

Mexico siasat bekas Presiden terlibat pengubahan wang haram

PEJABAT Peguam Negara Mexico sedang menyiasat bekas Presiden Enrique Pena Nieto atas dakwaan pengubahan wang haram, penganiayaan dan pindahan antarabangsa secara haram.

Menurut sumber, Pena Nieto yang menjadi Presiden dari 2012 hingga 2016 ialah individu yang dikenal pasti sebagai “Enrique P” dalam satu kenyataan daripada Pejabat Peguam Negara semalam.

Reuters gagal menghubungi Pena Nieto dengan segera untuk mendapatkan komen.

Pena Nieto sebelum ini menafikan sebarang salah laku apabila laporan siasatan oleh unit anti-pengubahan wang haram Mexico keluar bulan lepas.

Menurut kenyataan itu, Pejabat Peguam Negara sedang membina prosedur penyiasatan terhadap pelbagai jenayah persekutuan terhadap Pena Nieto.

Katanya, siasatan terhadap pengubahan wang haram dan pindahan antarabangsa secara haram dijalankan susulan aduan pihak berkuasa cukai.

Pada Julai lalu, unit anti-pengubahan wang haram Mexico meminta Pejabat Peguam Negara menyiasat pindahan wang bernilai jutaan dolar ke luar negara untuk Pena Nieto.

Dalam siri ciapan di Twitter pada masa itu, Pena Nieto berkata, “Saya pasti saya akan dibenarkan menjawab sebarang persoalan mengenai aset saya dan membuktikan kesahannya di hadapan pihak berkuasa yang kompeten.” – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button