Rencah Hidup

Haiwan lapar pun Ebit Lew bantu

NAMPAKNYA bukan sahaja manusia yang ditolong ketika waktu sukar disebabkan Covid-19 tetapi haiwan yang kelaparan pun ditolong oleh pendakwah bebas Ebit Lew selepas pihak Zoo Negara memohon bantuan.

Nampaknya Ebit Lew seperti ‘Superman’ sekejap dia berada di sana untuk menolong seseorang, sekejap dia berada di sini untuk menghulur bantuan yang diminta.

Tak ada air dia hantar air, tak ada tilam di penjara dia hantar tilam, tak ada rumah dia sewakan rumah, terbaharu hari ini Zoo Negara pula meminta pertolongan daripada Ebit Lew.

Zoo Negara memerlukan perbelanjaan RM1 juta sebulan hanya untuk makanan haiwan dan penyelenggaraan.

Bagaimanapun sejak pandemik Covid-19 melanda hingga menjejaskan ekonomi dana yang diperoleh Zoo Negara turut berkurang.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan disana.

“Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal Perintah Kawalan Pergerakan.

“Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buahan dan sayuran.

“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan di sini,” kata Ebit.

Menurutnya, Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan.

“Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara,” kata Ebit Lew.

Sementara itu seorang pengguna media sosial bernama Mohd. Faizal Zakaria berkata, situasi negara kelihatan agak parah.

“Takda makan, call Ebit Lew; takda rumah, call Ebit Lew; takda PPE, call Ebit Lew; takda bas, call Ebit Lew
takda air, call Ebit Lew

“Itu semua manusia, hari ni, haiwan lapar pun panggil Ebit Liew. Parah dah kita ni, seolah-olah nampak people are less dependent on government machinery. By the way, terima kasih kepada para penyumbang budiman,” kata Faizal.-SM

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button