Nasional

UPSI, Universiti Uzbekistan bersama kukuhkan program pembelajaran Bahasa Melayu

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengorak langkah dengan proaktif dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Uzbekistan.

Menurut Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff untuk tujuan itu UPSI menerusi Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) sejak 2017 mengambil inisiatif menjalin hubungan dengan dua buah universiti di Uzbekistan yang menawarkan kursus Bahasa Melayu di kampus mereka.

Beliau berkata dua buah universiti yang terlibat ialah Uzbekistan State World Languages University (UzSWLU) dan Tashkent State University of Oriental Studies (TSOUS).

Prof Datuk Dr Md Amin ketika menandatangani MoU bersama Tashkent State University Of Oriental Studies (TSUOS) secara dalam talian baru-baru ini.

“Dalam usaha mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di Uzbekistan, UPSI bekerjasama dengan pihak UzSWLU dan Kedutaan Besar Malaysia di Uzbekistan untuk menubuhkan sebuah pusat bahasa yang dinamakan sebagai The Malaysian Language and Culture Centre pada tahun 2019, “ katanya.
Beliau berkata pusat yang terletak di UzSWLU, kini beroperasi sebagai bilik kuliah bawah kendalian guru bahasa Melayu UsZWLU iaitu Munisa Mukhtarova.
Katanya, bagi melengkapkan pusat tersebut dengan bahan-bahan rujukan, UPSI menyumbang pelbagai jenis buku seperti buku rujukan dalam bidang bahasa, buku berkaitan Malaysia, novel, buku cerita, majalah dan brosur.

Nargiza Ortikova menjuarai PABM tahun 2021.

Md Amin berkata sepanjang penglibatan UPSI dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, beberapa kejayaan dilakar, antaranya ialah kejayaan wakil Uzbekistan iaitu Ozod Qurbonov sebagai johan kategori antarabangsa pelajar Bahasa Melayu di luar negara dalam Pertandingan Pidato Piala Menteri Perdana Menteri (PABM) pada tahun 2019, manakala Nargiza Ortikova memenangi PABM pada tahun 2021.

Prof Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad .

Program lain yang turut dilaksanakan bawah kerjasama yang sedia terjalin termasuklah Program Mobiliti dan Program Sangkutan untuk pensyarah, program pencarian bakat mengacara menerusi ‘Emcee Audition’, Syarahan Antarabangsa, Bengkel Penulisan Artikel, Program Mobiliti Bahasa Melayu (Tanpa kredit) serta secara dalam talian dan teradun.

Selain itu menjayakan program Pertandingan Pidato peringkat Republik Uzbekistan, Bengkel Latihan Pidato secara bersemuka dan secara dalam talian, Pembentangan Projek Tahun Akhir Peringkatan Antarabangsa dan Program Mobiliti Latihan Mengajar Antarabangsa.

Sementara itu Dekan FBK, Prof Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad berkata selain Uzbekistan, fakulti meneroka dan berusaha membuka pusat bahasa Melayu di Moscow, Rusia; Dhaka, Bangladesh serta di London.
“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi universiti yang menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu di luar negara,“katanya. -SM

Baca juga : UPSI, GONG STUDIO, jalin kerjasama mantapkan TVET

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button