Nasional
Trending

Rohingya: Tengku Emma, ERC dakwa difitnah tuntut ganti rugi

DUTA Majlis Rohingya Eropah (ERC) bagi Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi mendakwa dirinya difitnah oleh netizen hingga menjejaskan reputasinya di majlis itu,

Tengku Emma dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Lembaga ERC hari ini  menyenaraikan empat Facebook (FB) Page yang didakwa menfitnah sehingga menjejaskan reputasinya di ERC.

Selain itu Tengku Emma turut mendakwa kenyataan dalam akaun FB Web Schenider  dan Ammar Daniel menimbulkan polemik kebencian terhadap pelarian Rohingya.

Turut didakwa FB Page 32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya dan FB pro-Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Bersatu.Tv.

“Tular secara meluas di sosial media menimbulkan polemik kebencian dan kegelisahan rakyat
Malaysia keseluruhannya terhadap pelarian Rohingya dan menyerang Duta Malaysia,” katanya.

Di samping itu, beliau juga mengecam tindakan fitnah terhadapnya sebagai ‘pengkhianat negara’ serta menuduh terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

[BACA] Persatuan Rohingya di Malaysia mohon maaf — Suara Merdeka
[BACA] Kenapa Malaysia perlu usir Rohingya? — Suara Merdeka

“Keseluruhan posting (hantaran) tersebut adalah merujuk kepada Tengku Emma dalam memfitnah beliau dengan menggelarnya sebagai “Pengkhianat” negara Malaysia.

“Menuduhnya terlibat dalam kegiatan jenayah penyeludupan manusia menceroboh adalah tidak berasas dan dinafikan ‘in verbatim’ sekeras-kerasnya,” tegasnya.

Justeru, Tengku Emma menggesa pemilik FB berkenaan supaya bertanggungjawab terhadap kenyataan masing-masing dan membuat permohonan maaf.

“Menuntut agar segala penghantaran kesemua entiti dinyatakan dan yang akan dikenalpasti tentang ERC dan ejennya hendaklah ditarik balik atau dipadam disusuli permohonan maaf secara terbuka.

“Di samping itu, sumbangan dalam bentuk wang tunai hendaklah dikemukakan kepada ERC oleh mereka berdasarkan jumlah kawan dan pengikut,” jelasnya.

Baru-baru ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya memintas sebuah bot yang membawa 200 pelarian Rohingya daripada memasuki perairan.

[BACA] Terima pelarian Rohingya bantut usaha kekang Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA] Pertubuhan berkaitan Rohingya di negara ini tidak sah — Suara Merdeka

Tindakan berkenaan mendapat pujian rakyat Malaysia yang dipercayai enggan menerima pelarian Rohingya.

Bagaimanapun, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat antarabangsa dan tempatan mengecam tindakan TUDM dan menggesa negara menerima pelarian Rohingya. – SM

(Visited 423 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button