Nasional

Individu anti vaksin minta disuntik picagari kosong

MACAM-macam helah digunakan oleh golongan anti vaksin bagi mengelakkan diri mereka daripada mengambil suntikan vaksin supada boleh mendapatkan sijil digital vaksinasi Covid-19.

Seorang pengamal perubatan dan juga petugas barisan hadapan Dr Sakinah Sulong mendedahkan terdapat individu yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan disuntik dengan picagari kosong semata-mata untuk memperoleh sijil digital vaksinasi Covid-19 pada MySejahtera.

Serentak itu beliau meminta supaya tidak ada mana-mana petugas di PPV yang bersubahat deangn golongan anti vaksin tersebut.

“Saya harap tiada petugas PPV yang bersubahat menyuntik syringe kosong kpd mana2 antivaksin.

“Dan kad vaksin dilaminasi yg dijual juga bukanlah bukti anda telah mendapat dua dos vaksin.

“Jangan menipu, lebih-lebih lagi anda yang selalu mengutuk kami kononnya menjual agama,” katanya di media sosial.

Pada 10 Ogos lalu seorang sukarelawaan di PPV Nor Azlin Alink mendedahkan dia menerima mesej melalui WhatApps daripada seorang individu tidak mahu divaksin.

Namun individu tersebut meminta bantuan supaya dia memperoleh sijil digital vaksinasi Covid-19 di MySejahtera.

“Astagfirullahaladzhim mengucap panjang masa Cik Alink baca permintaan dia. Lain dari yang lain. Tak pernah lagi sepanjang Cik Alink berkhidmat di PPV ada orang Whatsapp nak mintak tolong yang pelik pelik macam ni.

“Tapi permintaan dia ni seolah olah kita ni berkuasa, mcm petik jari camtu je dah dapat tolong dia hanya kerana kita bertugas di PPV dan bertugas di bahagian mysejahtera.

“Kalau pun tuan bayar saya RM2 juta sekali pun, saya tak akan bantu tuan. Tuan seolah olah tak menghormati kerja buat kami dan menganggap permintaan tuan itu satu permintaan yang remeh,” tegasnya.

Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengumumkan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap berkuatkuasa 10 Ogos lalu.

Antaranya termasuk suami isteri yang juga pasangan jarak jauh (PJJ) yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing

Ibu bapa yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk berjumpa dengan anak yang berumur 18 tahun ke bawah.

Aktiviti solat dibenarkan di masjid atau surau bagi jemaah yang telah menerima vaksin lengkap.

Aktiviti dine-in makan dalam restoran turut dibenarkan.-SM

 

(Visited 418 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button