Uncategorized

Imran Yassin dilantik sebagai ketua MIDF Research

IMRAN Yassin Md Yusof telah dilantik sebagai ketua MIDF Research, berkuat kuasa 7 Julai, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Beliau merupakan penganalisis kanan di MIDF Research dan berpengalaman selama 17 tahun dalam pelbagai bidang seperti perbankan pelaburan, perundingan, kerajaan dan korporat.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Bank Datuk Dominic Silva berkata Imran telah memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan penyelidikan sejak lebih 10 tahun.

“Kami yakin beliau mampu untuk menerajui MIDF Research ke tahap yang lebih tinggi. Pelantikan ini adalah pengiktirafan yang wajar terhadap kemampuannya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Imran lulusan ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang Matematik dengan pengkhususan Kewangan dan Ekonomi dari City University of London. – BERNAMA

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button