AgamaNasional

5 negara termasuk jemaah Malaysia wajib guna imbasan biometrik untuk E-Visa umrah

Jemaah perlu menggunakan aplikasi baharu, Saudi Visa Bio

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan jemaah umrah dari Malaysia wajib menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik atau E-Visa.

Selain Malaysia, kementerian itu turut mengumumkan semalam, jemaah dari United Kingdom (UK), Tunisia, Kuwait dan Bangladesh boleh melakukan perkara yang sama.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA) jemaah umrah dari lima negara ini wajib menyediakan data biometrik masing-masing antaranya cap jari.

“Jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran secara pengesahan biometrik meliputi cap jari, wajah, mata dan salinan pasport untuk menghadiri ibadah umrah”, kata kementerian itu.

Aplikasi baharu itu merupakan komitmen kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih, sekali gus menjadikannya antara yang pertama di dunia menerima pengesahan biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.

Kementerian turut menjelaskan bahawa inisiatif ini dibangunkan bagi memudahkan urusan jemaah yang ingin ke Mekah tanpa perlu mengunjungi pejabat visa secara fizikal. – SM

(Visited 736 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button