Hiburan

Anak Abby Abadi dan Norman Hakim di dakwa menjadi keruntuhan rumah tangga orang

Seorang wanita mendedahkan bahawa anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissan Dania Hakim mendakwa telah menyebabkan keruntuhan rumah tangga pasangan suami isteri yang mempunyai anak orang.

Anak kepada pelakon Abby Abady dan Norman Hakim, Marissan Dania Hakim

Menerusi Instastory wanita yang dikenali sebagai Nadia Mazlan, bahawa adiknya, Misya Mazlan, mendedahkan rumah tangga mereka yang terbina sejak tiga tahun lalu hancur gara-gara orang ketiga yang didakwa anak kepada pelakon tersebut.

Susulan tular tentang anak gadisnya, Abby Abadi juga tampil memuat naik perkongsian ringkas di laman Instagram Storiesnya akan menjawab spekulasi yang berlaku.

Kenyataan dari Abby tampil mempertahankan anaknya menerusi IG Storynya.

‘’Memang sedap bersangka-sangka menambah-nambah cerita dan menuding jari pada orang ini’’ ulas beliay secara ringkas.

Jelas pelakon Gerak Khas itu sebelum ini mereka pernah berjumpa sebelum ini, pada awalnya tidak mengetahui situasi sebenar dan hanya dimaklumkan mengenai ketika berjumpa.

‘’Ya, Kami ada berjumpa. Itu waktu baru dimaklumkan hal ini. Memang masa itu tidak tahu cerita pun,’’katanya.
Dalam pada itu, Abby turut mempersoalkan kenyataan dibuat kakak Wanita berkenaan berhubung keluarganya telah membuat permohonan maaf semasa berjumpa.

‘’Bila bercerita kata kami dating berjumpa untuk minta maaf? Apa tu.. Tu malas nak bercakap, jadi geram dengan perangai manusia ni,’’ ujarnya.

Abby juga turut menyangkal pihaknya yang pernah menjunjung al-Quran dan meminta pihak berkenaan sekiranya ingin menceritakan hal tersebut tidak membuat orang lain tertanya-tanya.

‘’Al-Quran itu? Yang pasti bukan dari pihak kami ya. Nak bercerita itu bagi jelas. Jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sangka,’’ luahnya.

Terbaru di ciapan, Misya mendedahkan video ketika ahli keluarga bertemu dengan bekas suaminya, Ahmad maslan yang dituduh mempunyai hubungan sulit bersamanya.

Misya dan Ahmad Maslan

Dalam rakaman tersebut, bekas suaminya cuba menyakinkan dengan menyatakan dia sudah nekad berubah menjadi suami dan ayah yang lebih baik.

Bagaimanapun, dakwa Aslam, dia lemah dan tidak boleh melawan apabila Marissa mengejar untuk Kembali ke pangkuan dirinya.

‘’Aslam tak boleh. Sekarang nak main nama Allah, orang dah tak percaya. Aslam nak minta maaf pun tak ada guna dah.‘’Tetapi Aslam boleh cakap , selepas apa yang terjadi, Aslam dah nekad nak berubah. Boleh tanya Chacha (Misya). Satu bulan lebih macam itu.

‘’Dia datang balik, kejar-kejar Aslam. Aslam tak boleh. Aslam pernah cakap, satu kelemahan Aslam. Aslam tak boleh lawan kelemahan Aslam.

Sehingga ke hari ini pada media cuba menghubungi Abby Abadi dan Norman Hakim, namun mereka berdua masih berdiam diri.

Artikle Berkaitan:>

Home

(Visited 6,523 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button